MAJLIS PENYERAHAN HADIAH PEMENANG PESTA PELITA RAYA PAHANG 2025
24 April 2025 (Khamis) – Syabas dan Tahniah Majlis Perbandaran Temerloh yang telah memenangi tempat keempat di dalam Pertandingan Pesta Pelita Raya Pahang 2025 anjuran Tourism Pahang yang melibatkan 11 daerah negeri Pahang. Majlis Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail bertempat di Wisma Sri Pahang, Kuantan sebentar tadi.
Pemangku Yang Dipertua Majlis Perbandaran Temerloh, Tuan Haji Muhammad bin Mohd Nor telah hadir menerima hadiah tersebut.
Daerah Jerantut diumumkan sebagai johan bagi pertandingan Pesta Pelita Raya Pahang 2025 yang berlangsung pada 20 hingga 30 Mac yang lalu. Johan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM20,000. Daerah Bentong dinobatkan sebagai naib johan dan membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000. Tempat ketiga dimenangi oleh Daerah Kuantan dengan hadiah wang tunai bernilai RM10,000 diikuti Daerah Temerloh di tempat keempat dan Rompin di tempat kelima di mana masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai masing-masing bernilai RM5,000 dan RM3,000.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan Pesta Pelita Raya Pahang 2025 Daerah Temerloh.




Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
Laman Web: http://www.mpt.gov.my/
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA