HEBAHAN PERUBAHAN JADUAL KUTIPAN SAMPAH SEMPENA AIDILFITRI 2025
Perhatian kepada semua warga Temerloh! Pihak Alam Flora Sdn. Bhd akan melaksanakan kutipan sampah khas sempena Aidilfitri mengikut jadual berikut:
Jadual kutipan Isnin Raya Pertama (31 Mac 2025) dibawa ke hari Selasa dan seterusnya untuk minggu perayaan.
- Sabtu, 29 Mac 2025 – Kutipan seperti biasa
- Ahad, 30 Mac 2025 – Tiada kutipan
- Isnin, 31 Mac 2025 – Cuti Hari Raya (Tiada kutipan)
- Selasa, 1 April 2025 – Jadual kutipan hari Isnin
- Rabu, 2 April 2025 – Jadual kutipan hari Selasa
- Khamis, 3 April 2025 – Jadual kutipan hari Rabu
- Jumaat, 4 April 2025 – Jadual kutipan hari Khamis
- Sabtu, 5 April 2025 – Jadual kutipan hari Jumaat
- Ahad, 6 April 2025 – Jadual kutipan hari Sabtu
Jadual kembali seperti biasa bermula Isnin (7 April 2025)
Bagi memastikan kebersihan kawasan perumahan terjaga, sila ikat sampah dengan kemas sebelum dibuang ke dalam tong sampah.
Sebarang pertanyaan atau aduan, sila hubungi:
Talian Bebas Tol : 1 800 88 7472
Emel : feedback@alamflora.com.my
Terima kasih atas kerjasama anda. Selamat menyambut Aidilfitri!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
Laman Web: http://www.mpt.gov.my/
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA