MENU
PROGRAM KHATAM AL-QURAN PESERTA TADARUS AL-QURAN TAHUN 2025 MAJLIS PERBANDARAN TEMERLOH
 
25 Mac 2025 (Selasa) – Alhamdulillah, dengan izin Allah, Majlis Khatam Al-Quran Peserta Tadarus Al-Quran Tahun 2025 Majlis Perbandaran Temerloh telah selesai dengan jayanya pagi ini. Majlis ini bukan sahaja sebagai tanda kesyukuran atas selesai bacaan Al-Quran sepanjang Ramadan, tetapi juga sebagai platform untuk mengeratkan ukhuwah sesama warga kakitangan MPT.
 
Majlis Khatam Al-Quran ini dipimpin oleh ustaz jemputan, Ustaz Abdul Hamid bin Isa bertujuan bagi mengimarahkan bulan Ramadan yang mulia dengan bacaan Al-Quran serta mempekukuhkan kerohanian dalam kalangan warga kerja MPT. Semoga majlis beroleh keberkatan dan dilimpahi rahmat dari Allah SWT.
 
Sebagai tanda penghargaan, penyampaian saguhati kepada Ustaz Wahid dan peserta tadarus telah disempurnakan oleh Encik Muhammad Asri bin Ismail, Pengarah Jabatan Perundangan & Penguatkuasaan, MPT.
 
Semoga para peserta sentiasa istiqomah didalam pembacaan Al-Quran, dan moga-moga semakin bertambah peserta pada Ramadan akan datang. Sama-sama kita berdoa, semoga Al-Quran tetap dihati.. menjadi teman sejati.. pemberi syafaat di kemudian hari.
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA