MENU
MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN RAMADHAN KEPADA MASJID DAN SURAU
 
24 Mac 2025 (Isnin) – Pagi tadi telah diadakan Majlis Penyerahan Sumbangan Ramadhan Kepada Masjid Dan Surau bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, MPT yang telah disempurnakan oleh Pemangku Yang Dipertua Majlis Perbandaran Temerloh, Tuan Hj Muhammad bin Mohd Nor. Majlis turut dihadiri oleh Ahli-Ahli Majlis MPT dan Pengarah-Pengarah Jabatan/Ketua-Ketua Bahagian MPT.
 
Pada tahun ini Majlis Perbandaran Temerloh telah memilih sebanyak 22 buah masjid dan 27 buah surau di dalam pentadbiran Majlis Perbandaran Temerloh bagi menerima sumbangan berupa wang tunai supaya ianya dapat diimarahkan dengan pelbagai aktiviti yang bermanfaat terutamanya ketika di bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini.
 
Semoga Allah memberkati usaha ini…aamin
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA