MAJLIS ANUGERAH BANDAR RENDAH KARBON 2024
26 Februari 2025 (Rabu) - Sebentar tadi Tuan Haji Muhamad bin Mohd Nor, Pemangku Yang Dipertua Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) hadir dan menerima Anugerah Pengiktirafan Diamond Bandar Rendah Karbon 2024 bagi Pejabat Majlis Perbandaran Temerloh dan Anugerah Provisional bagi Taman Tasik Bandar Temerloh bertempat di Hotel Sofitel KL Damansara.
Anugerah disampaikan oleh YB Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) yang turut dihadiri oleh TPr. Mokhtar bin Abdul Mubin, Pengarah Jabatan Perancangan Bandar MPT, LAr. Mohd Yusri bin Othman, Pengarah Jabatan Landskap MPT dan En. Nor Hisham bin Abdul Hadi, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Pembangunan Komuniti MPT.
Hadir sama ke majlis tersebut ialah YBhg. Dato' Dr. Ching Thoo a/l Kim, Ketua Setiausaha NRES, YBhg. Datuk Nor Yahati binti Awang, Timbalan Ketua Setiausaha NRES, YBrs. Encik Saiful Adib bin Abdul Munaff, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC).
Tahniah diucapkan. Semoga usaha ke arah bandar rendah karbon menjadikan Malaysia negara yang lebih sihat dan tiada pencemaran.





Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
Laman Web: http://www.mpt.gov.my/
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA