MENU
PROGRAM BERKHATAN ANAK PAHANG DAERAH TEMERLOH
 
27 Januari 2025 (Isnin) – Program Berkhatan Anak Pahang 2025 bagi daerah Temerloh telah dirasmikan oleh Exco Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, YB Dato' Sri Haji Syed Ibrahim bin Syed Ahmad bertempat di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, Temerloh pada 26 Januari 2025.
 
Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Timbalan Pengarah JAIP, YH Dato' Haji Abdul Zaki bin Md Zain, Pegawai Daerah Temerloh, YH Dato' Khairur Rizal bin Ramli, serta Al-Fadhil Qadhi Daerah Temerloh, Tuan Haji Abdul Aziz bin Abd Karim.
 
Seramai 201 orang peserta khatan telah menyertai program ini. Setiap peserta menerima wang tunai RM20, beg galas, dan kain pelekat. Program ini dilaksanakan di bawah Inisiatif Makmur Pahang sebagai usaha untuk meringankan beban keluarga dan menggalakkan penglibatan komuniti dalam aktiviti berfaedah.
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA