HEBAHAN OPERASI SITAAN TUNGGAKAN CUKAI TAKSIRAN AM
14 November 2024 (Khamis) - Majlis Perbandaran Temerloh ingin memaklumkan bahawa operasi sitaan telah dilaksanakan terhadap pegangan yang mempunyai tunggakan cukai taksiran. Pemilik yang masih belum membuat pembayaran diminta untuk menjelaskan tunggakan cukai taksiran dalam tempoh yang ditetapkan bagi mengelakkan tindakan sitaan serta tindakan undang-undang yang lebih lanjut.
Operasi ini bertujuan untuk memastikan pematuhan pemilik pegangan dalam membayar cukai taksiran, sekaligus memastikan kelancaran perkhidmatan kepada penduduk. Semua pihak yang terlibat dinasihatkan untuk segera menghubungi Jabatan Penilaian Majlis Perbandaran Temerloh bagi mendapatkan maklumat lanjut dan menyelesaikan tunggakan cukai taksiran.
Majlis Perbandaran Temerloh juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pemilik pegangan yang telah membuat pembayaran cukai taksiran.
"Tanggungjawab Anda, Kemajuan Kita Bersama"
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta Majlis Perbandaran Temerloh.
Terima kasih atas kerjasama anda.
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
Laman Web: http://www.mpt.gov.my/
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA