MAJLIS PERASMIAN KENDERAAN BAHARU MAJLIS PERBANDARAN TEMERLOH
04 November 2024 (Isnin) – Majlis Perasmian Kenderaan Baharu Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) Tahun 2024 telah berlangsung pagi tadi bertempat di hadapan Pejabat MPT. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Haji Suris bin Mihat, Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Temerloh.
Sebanyak 4 unit kenderaan baharu iaitu 1 unit Chery Tinggo 8 Pro, 1 Unit Isuzu Dmax 4WD, 1 unit Weststar Maxus V80 (Van Kaunter) dan 1 unit Komatsu Backhoe Loader ini telah diserahkan oleh pihak pembekal kepada pihak pengurusan Majlis Perbandaran Temerloh pagi tadi. Dengan pembekalan kereta baharu ini, MPT dapat mempertingkatkan lagi kualiti mutu perkhidmatan kepada warga Perbandaran Temerloh dan memastikan perkhidmatan MPT lebih efisien, lancar dan berkesan.
Hadir sama Setiausaha MPT, Ahli-ahli Majlis MPT, Pengarah-Pengarah Jabatan MPT, Ketua-Ketua Bahagian MPT serta kakitangan terlibat.
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
Laman Web: http://www.mpt.gov.my/
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA