MENU
LAWATAN KERJA EXCO PELABURAN, PERINDUSTRIAN, SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI NEGERI PAHANG KE DAERAH TEMERLOH
 
08 Oktober 2024 (Selasa) – Pada 7 Oktober 2024, Exco Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Pahang, YB. Dato’ Mohamad Nizar Dato’ Sri Mohamad Najib telah mengadakan lawatan kerja ke daerah Temerloh. Lawatan terbabit turut melibatkan agensi-agensi Kerajaan Negeri khususnya yang terlibat dengan pelaburan di negeri ini untuk meninjau kawasan industri yang ada di dalam Temerloh.
 
Lawatan kerja ini turut disertai ADUN lantikan, YB. Dato’ Wong Tat Chee, Penyelaras Dun Kuala Semantan, YB. Dato’ Ridzuan Hazimin dan Yang DiPertua Majlis Perbandaran Temerloh (MPT), Tuan Haji Suris Mihat.
 
YB. Dato’ Mohamad Nizar berkata, Kerajaan Negeri berhasrat untuk mengekalkan momentum sebagai negeri kedua terbaik negara dari segi penubuhan dan pembangunan justeru menyeru agar lebih banyak industri, kilang dan perniagaan dapat dibangunkan.
 
“Dan dengan adanya maklumat ataupun pembentangan dari pihak MPT dan juga pemimpin kawasan, kami di Invest Pahang akan dapat maklumat lebih terperinci dan lebih sahih untuk kita berurusan dengan mana-mana pelabur yang mungkin berminat bertapak di daerah Temerloh,” katanya lagi.
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA