MENU
PERINGATAN MESRA
PEMBAYARAN CUKAI TAKSIRAN PENGGAL 2/2024
Hanya ada baki 4 hari sahaja lagi untuk bayar Cukai Taksiran.
Ayuh, bayar cukai taksiran selewat-lewatnya pada 31 Ogos 2024 bagi mengelakkan denda dan sitaan.
Cukai taksiran adalah penting bagi penduduk untuk menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan komuniti dalam menyediakan perkhidmatan kepada penduduk secara lebih menyeluruh dan berkesan. Membayar cukai taksiran bukan sekadar kewajipan mengikut peruntukan undang-undang, tetapi juga adalah tanggungjawab bersama untuk kemakmuran dan kesejahteraan komuniti perbandaran.
 
Sepertimana yang termaktub dalam Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171), adalah menjadi tanggungjawab pemegang harta untuk menyemak dan membayar cukai taksiran.
 
 
Jangan lupa untuk jelaskan cukai taksiran anda.
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA