PROGRAM RAMAH MESRA MAJLIS PERBANDARAN TEMERLOH BERSAMA PERSATUAN MERCEDES BENZ KLASIK MALAYSIA & INDONESIA
23 Ogos 2024 (Jumaat) – Semalam bertempat di ruang legar Jabatan Pelesenan, MPT telah diadakan Majlis Ramah Mesra bersama Persatuan Mercedes Benz Klasik Malaysia & Indonesia. Temerloh merupakan Pitstop 1 sempena program Kembara Serumpun Persatuan Mercedes Benz Klasik Malaysia & Indonesia dan destinasi terakhir di Kuala Krai, Kelantan.
Seramai 22 peserta dari Malaysia dan 46 peserta dari Indonesia telah hadir di dalam program ini dan telah disambut oleh Tuan Haji Suris bin Mihat, Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Temerloh bersama Setiausaha MPT dan Pengarah-Pengarah Jabatan/Bahagian MPT.
Semoga dengan penganjuran program seumpama ini dapat memberi keakraban dan hubungan silaturrahim yang erat antara Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan persatuan-persatuan dan NGO.
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
Laman Web: http://www.mpt.gov.my/
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA