KEMPEN PENGURANGAN KOMPAUN LETAK KERETA DAN PEMBUKAAN KAUNTER
Majlis Perbandaran Temerloh akan membuka Kaunter Bayaran sempena Moh Karnival Makmur Temerloh pada 26 -28 Julai 2024 (Jumaat, Sabtu & Ahad) bertempat di Dataran Temerloh (Booth No. 11). Macam-macam perkhidmatan ada. Paling best ada Pengurangan Kompaun 80% Bagi Kompaun Tempat Letak Kereta.
26 Julai 2024 (Jumaat)
8.00 Pagi – 5.00 Petang
Booth No. 11, Dataran Temerloh
27 Julai 2024 (Sabtu)
8.00 Pagi – 5.00 Petang
Booth No. 11, Dataran Temerloh
28 Julai 2024 (Ahad)
8.00 Pagi - 5.00 Petang
Booth No.11, Dataran Temerloh
Perkhidmatan disediakan :
1. Bayaran dan Semakan Cukai Taksiran
2. Bayaran Perbaharui Lesen Perniagaan
3. Bayaran Sewa Premis MPT
4. Aduan Awam
Bayaran boleh dibuat juga di Pejabat Majlis Perbandaran Temerloh & Pejabat Cawangan MPT pada waktu pejabat.
Ayuh, jangan lepaskan peluang ini. Jemput datang beramai-ramai. Kunjungilah kaunter MPT.
Hubungi pejabat MPT untuk sebarang pertanyaan : 09-2901778
![](https://mpt.gov.my/sites/default/files/styles/panopoly_image_original/public/1_552.jpg?itok=aOvprCst)
![](https://mpt.gov.my/sites/default/files/styles/panopoly_image_original/public/2_430.jpg?itok=fIYMubCz)
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
Laman Web: http://www.mpt.gov.my/
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA