MENU
KURSUS MENGACARA MAJLIS RASMI DAN PENGUCAPAN AWAM
 
29 Jun 2024 (Sabtu) – Pada 24 hingga 26 Jun 2024, telah diadakan Kursus Mengacara Majlis Rasmi Dan Pengucapan Awam bertempat di Bilik Latihan Kemuning, MPT.
Seramai 16 orang kakitangan MPT dan 7 orang dari PBT luar telah menyertai kursus ini yang telah dikendalikan oleh Dato’ Zainordin Mohamad (Aki Pahang FM) dari D’Rahmat Traning Consultant. Sepanjang kursus peserta dapat mempelajari Teknik-teknik emcee, Penulisan Skrip, Protokal & Perjalanan Majlis dan Simulasi Mengacarakan Majlis. Kesemua peserta memberikan respon yang sangat positif terhadap pengisian slot dan latih amal. Kaedah penyampaian secara santai oleh Dato’ Zainordin Mohamad (Aki Pahang FM) yang penuh dengan tips untuk kaedah pengucapan awam dan pengacaraan majlis.
Semoga dengan terlaksananya kursus ini, diharap dapat memberikan manfaat yang besar kepada peserta bagi meningkatkan keyakinan diri dan kualiti dalam tugasan pengucapan awam dan pengacaraan majlis nanti.
Majlis penyampaian sijil kepada peserta-peserta telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mohamad bin Mohamad Nor, Setiausaha MPT. Turut hadir En. Azmir bin Yahaya, Pemangku Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan, MPT.
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA