MENU
JUALAN MAKMUR AIDILFITRI 2024 NEGERI PAHANG
 
5 April 2024 (Jumaat) – Sekitar Jualan Makmur Aidilfitri 2024 Negeri Pahang pada 3 hingga 4 April 2024 bertempat di Dewan Dato’ Zaharuddin Abu Kasim, Simpang Peragap, Kampung Ketam, Temerloh, Perkarangan Dewan Tun Razak, Temerloh dan Dewan Orang Ramai, Kuala Krau. Penganjuran program ini diselaraskan oleh Exco Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Pahang, Sim Chon Siang dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta pasar raya yang terlibat.
 
Sebanyak 23 lokasi di seluruh Pahang dipilih untuk program Jualan Makmur Aidilfitri 2024 peringkat negeri yang bertujuan mengurangkan beban dan kos sara hidup rakyat terutamanya dalam membuat persiapan menyambut Aidilfitri. Semoga dengan adanya jualan seperti ini, ia dapat membantu masyarakat setempat membeli barang keperluan harian dengan harga murah. Insya-Allah.
 
'
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA