SUARAKAN ASPIRASI ANDA KE ARAH NEGARA BERDAYA HUNI, SEJAHTERA, MAMPAN DAN INKLUSIF
Selaras dengan aspirasi Malaysia Berdaya Huni, Rancangan Fizikal Negara Ke-4 yang dilancarkan pada 17 November 2021 akan menjadi asas kepada pelaksanaan sistem penilaian dan pengukuran kesejahteraan dan kemampanan bandar yang dikenali sebagai Indeks Daya Huni Malaysia (iDAM). iDAM yang diterajui oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui PLANMalaysia (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa) merupakan kaedah pengukuran berimpak tinggi yang akan mengukur tahap kesejahteraan penduduk di peringkat pihak berkuasa tempatan dan komuniti. Pembangunan iDAM adalah selaras dengan pengukuran dan penilaian kesejahteraan penduduk sesebuah bandar yang dipraktiskan di peringkat global.
Hasil pengukuran iDAM akan membantu dalam memberi gambaran terkini terhadap tahap kesejahteraan, taraf hidup dan daya huni di peringkat tempatan, negeri dan seterusnya negara.
Ayuh semua warga Malaysia dijemput mengemukakan aspirasi/pandangan/impian bagi bersama-sama membantu pihak KPKT dan PLANMalaysia menyediakan kerangka iDAM melalui link di bawah :
Bersama Membina Negara Berdaya Huni
Penglibatan anda amat dihargai. Terima Kasih
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
JABATAN KORPORAT DAN PERHUBUNGAN AWAM.