MENU
OPERASI PEMBERSIHAN LORONG BELAKANG TAMAN-TAMAN PERUMAHAN DALAM KAWASAN MAJLIS PERBANDARAN TEMERLOH
 
27 Januari 2022 (Khamis) - Operasi pembersihan lorong belakang di taman-taman perumahan seperti Taman Temerloh Jaya 6 ,7, dan 9 akan bermula mulai 6 Februari 2022 oleh MPT, SWCorp dan AFSB.
 
Operasi ini dilaksanakan secara berperingkat di seluruh taman-taman perumahan berkenaan bagi memastikan lorong belakang taman perumahan ini sentiasa bebas dari apa jua bentuk halangan untuk memudahkan laluan kenderaan penyelamat seperti Bomba dan ambulans jika berlaku suatu operasi menyelamat. Selain itu, ia juga bertujuan membasmi habitat haiwan liar seperti anjing dan binatang berbisa serta mengawal pembiakan nyamuk yang menyebabkan wabak demam denggi.
 
Penduduk taman ini dinasihatkan bertindak awal dengan meroboh, menanggal atau mengalih sebarang bentuk binaan kekal/sementara, tanaman dan apa-apa jua bentuk halangan yang berpotensi menganggu kelancaran laluan di lorong tersebut.
 
Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, boleh hubungi Majlis Perbandaran Temerloh di talian 09-2901477 /1777 / 1778