RANCANGAN TEMPATAN DAERAH (RTD) TEMERLOH 2035 (PENGGANTIAN)
20 Januari 2022 (Khamis) - Pagi ini sedang berlangsung Sesi Focus Group Discussion (FGD) Bagi Cadangan Draf Awal Rancangan Tempatan Daerah Bersama Agensi Teknikal Negeri dan Daerah anjuran Pejabat Projek Zon Timur, PLANMalaysia (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa).
Sesi FGD ini bertujuan untuk menyemak dan membincangkan cadangan-cadangan pembangunan mengikut teras/sektoral yang telah dikenalpasti.