MENU
MAJLIS PERASMIAN KAFE CHICKEN HONEY KOPERASI KAKITANGAN MAJLIS PERBANDARAN TEMERLOH (KOSITE) BERHAD
 
28 Oktober 2024 (Isnin) – YB Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi telah merasmikan Kafe Chicken Honey Koperasi Kakitangan Majlis Perbandaran Temerloh (KOSITE) Berhad, di Chicken Honey KOSITE, Esplanade 2 Temerloh pada 26 Oktober 2024.
 
Menurut beliau, banyak koperasi yang diusahakan oleh penjawat awam termasuk kakitangan PBT mencapai kejayaan yang amat membanggakan dalam perusahaan koperasi mereka.
 
“Sebagai kementerian yang bertanggungjawab kepada pembangunan gerakan koperasi negara, sememangnya kita mahu gerakan koperasi terus berkembang termasuklah galakan kita seperti mana yang banyak kali saya nyatakan di Parlimen, iaitu pembangunan koperasi dalam kalangan graduan, penjawat awam, pesara kerajaan termasuk pejabat-pejabat kerajaan seperti majlis-majlis perbandaran untuk menubuhkan koperasi.
 
“Mereka boleh menjalankan perkhidmatan koperasi mereka tanpa menjejaskan tugas hakiki seperti mana yang telah dibuktikan oleh Koperasi Kakitangan Majlis Perbandaran Temerloh (KOSITE)”, katanya.
 
Hadir sama YBhg. Dato’ Sri Khairul Dzaimee bin Daud, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Haji Suris Mihat, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Temerloh dan Puan Siti Azlin Ahmad Dauta, Naib Ketua Pegawai Eksekutif Operasi dan Kawal Selia, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA