MENU
PROGRAM PEMASANGAN BENDERA KERETA SEMPENA HARI KEMERDEKAAN 2024
 
30 Ogos 2024 (Jumaat) – Menjelang sambutan Hari Kebangsaan ke-67 pada 31 Ogos 2024, pagi tadi telah diadakan program melekatkan jalur gemilang pada beberapa buah kenderaan bertempat dihadapan pejabat Majlis Perbandaran Temerloh. Tujuan program ini diadakan adalah sebagai simbol perpaduan dan semangat patriotisme serta semangat cintakan tanah air "Malaysia".
 
Program ini telah disempurnakan oleh Tuan Haji Suris bin Mihat, Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Temerloh.Turut hadir Setiausaha MPT, Ahli-ahli Majlis MPT dan Pengarah-Pengarah Jabatan/Bahagian MPT.
 
Ayuh sama-sama kita kibarkan jalur gemilang demi semangat Kemerdekaan!
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA