MENU
PENYERAHAN JENTERA PEMBERSIHAN JALAN DARI SWCorp KEPADA MAJLIS PERBANDARAN TEMERLOH
 
14 Ogos 2024 (Rabu) – Pada 12 Ogos 2024, telah diadakan program penyerahan jentera pembersihan jalan atau Mini Road Sweeper Powerboss 9XR dari SWCorp kepada Majlis Perbandaran Temerloh.
 
Penyerahan kunci tersebut telah disampaikan oleh Pengurus Cawangan SWCorp Temerloh iaitu Encik Saiful Redzuan bin Yusoff kepada Tuan Haji Muhamad bin Mohd Nor, Setiausaha Majlis Perbandaran Temerloh di perkarangan Pejabat MPT.
 
Jentera tersebut akan dikendalikan oleh Alam Flora Sdn. Bhd. yang bertujuan memberi lebih peningkatan kepada kebersihan daerah Temerloh khususnya dalam bandar.
 
Jentera ini dapat melakukan aktiviti sapuan jalan sehingga 184000 square feet per jam. Ianya dapat menampung kapasiti sisa sapuan sehingga 660 litter. Manakala kelajuan jentera mini mencapai 16km per jam.
 
Dengan kelebihan yang ada pada mini jentera ini ianya dapat melakukan kerja-kerja pembersihan melalui lorong-lorang belakang.
 
Pihak Majlis Perbandaran Temerloh juga sentiasa mengingatkan orang ramai yang berkunjung ke bandar Temerloh supaya menjaga kebersihan dan dilarang membuang sampah merata-rata. Kebersihan adalah tanggungjawab bersama.
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA