MENU
PROGRAM ‘STREET DAKWAH’ DI ESPLANADE 2, TEMERLOH
 
12 Ogos 2024 (Isnin) – Pada 10 Ogos 2024, Majlis Perbandaran Temerloh sekali lagi telah mengadakan Program ‘Street Dakwah’ bertempat di Esplanade 2, Temerloh bermula jam 9.00 Malam. Penceramah undangan pada kali ini ialah Ustaz Firdaus Azmy, Imam Masjid As-Syakirin Bukit Kepayang dan Ustaz Zikrillah, Imam 2 Masjid Abu Bakar Temerloh.
 
Program ‘Street Dakwah’ akan diadakan setiap minggu ke 2 dan minggu ke 4 bermula Julai 2024 hingga Disember 2024 (Sabtu malam Ahad).
 
Objektif Program:
1. Meningkatkan kefahaman
2. Dapat memahami keperluan untuk berdakwah.
3. Memahami kepentingan melaksanakan amar makruf nahi mungkar
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA