MENU
LAWATAN YANG DIPERTUA,MPT KE ATAS PEMAIN DACS TEMERLOH YANG MENGALAMI KECEDERAAN DI HOSHAS TEMERLOH
 
25 Julai 2024 (Khamis) – Tengah hari tadi Tuan Haji Suris bin Mihat, Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Temerloh bersama Pengarah Jabatan,MPT dan Ahli Jawatankuasa Persatuan Bolasepak Daerah Temerloh telah mengadakan lawatan terhadap En. Ammar Thaqif bin Ahmad Latif dari Pasukan Dacs Temerloh di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) yang telah mengalami kecederaan ketika menyertai Kejohanan Bolasepak Liga Temerloh ketika menentang MPT FC petang semalam.
 
Tujuan lawatan adalah untuk memberi sokongan moral serta motovasi untuk kembali pulih seperti sedia kala serta mengeratkan hubungan silaturahim. Dalam lawatan tersebut Tuan Haji Suris bin Mihat, Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Temerloh telah menyampaikan sumbangan wang tunai beserta hamper dari Majlis Perbandaran Temerloh.
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA