MENU
MAJLIS PERJUMPAAN YB SETIAUSAHA KERAJAAN PAHANG BERSAMA PENJAWAT AWAM TEMERLOH ‘KITA SEIA SEKATA’
 
14 Jun 2024 (Jumaat) – Pada 12 Jun 2024 telah diadakan Majlis Perjumpaan Penjawat Awam bersama YB. Setiausaha Kerajaan Pahang bertempat di Dewan Tun Razak, Temerloh.
Dalam ucapannya, YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Haji Zulkifli Yaacob menegaskan, terlalu banyak perkara yang masih boleh diperbaiki terutama dalam hal birokrasi dan keberkesanan perkhidmatan awam. “Sebagai seorang yang berpengalaman, saya lihat kita masih perlu memperbaiki kelewatan dalam proses dan mempermudahkan usaha membantu golongan yang memerlukan. “Kita perlu memendekkan proses dan membuat keputusan dengan cepat, bukan hanya meluluskan permohonan tetapi juga memberitahu keputusan dengan kadar segera,”
Turut hadir, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), YH. Dato’ Mohd Zakaria Ibrahim, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), Dato’ Ali Syahbana Sabaruddin, YB. Penasihat Undang-undang Negeri Pahang, Dato’ Saiful Edris Zainuddin; Pengarah Pembangunan Negeri Pahang, YH. Dato’ Fadzilla Salleh, Pegawai Daerah Temerloh, YH. Dato’ Khairur Rizal Ramli. dan Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Temerloh, Tuan Haji Suris bin Mihat.
Selepas perjumpaan bersama Penjawat Awam Temerloh di Dewan Tun Razak, Temerloh, YB Setiausaha Kerajaan Pahang telah meluangkan masa membuat lawatan ke Arena Dart dan Galeri Tokoh, Majlis Perbandaran Temerloh. YB Setiausaha Kerajaan Pahang juga telah mengadakan lawatan ke Projek Jambatan Baru Temerloh dan Projek Tambatan Banjir di Tanjung Krayong, Mentakab.
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA