MENU
PROGRAM GOTONG-ROYONG LOCAL AGENDA 21 (LA 21) TAHUN 2024, MAJLIS PERBANDARAN TEMERLOH
 
04 Jun 2024 (Selasa) – Pada 01 Jun 2024, Majlis Perbandaran Temerloh telah mengadakan Program Gotong-Royong Local Agenda 21 (LA 21) bertempat di Taman Bukit Bendera, Mentakab.
 
Majlis Perasmian program ini telah disempurnakan oleh Tuan Haji Suris bin Mihat, Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Temerloh. Turut hadir Setiausaha MPT, Ahli-ahli Majlis MPT dan Pengarah-Pengarah Jabatan/Bahagian MPT.
 
Pelbagai program telah diadakan iaitu Ceramah Perkongsian Ilmiah iaitu Kempen Alat pemadan Api oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat, ceramah Bahaya Scammer oleh IPD Temerloh, gotong-royong menanam pokok peneduh dan gotong-royong membersihkan kawasan Taman Bukit Bendera, Mentakab.
 
Majlis Perbandaran Temerloh merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat di dalam menjayakan program ini dan berharap program ini dapat meningkatkan kesedaran dikalangan masyarakat berkaitan kepentingan menjaga kebersihan persekitaran bagi membanteras tempat pembiakan nyamuk aedes seterusnya mencegah jangkitan demam denggi.
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA