MENU
KUNJUNGAN MESRA KETUA PENGARAH JABATAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL NEGARA KE DAERAH TEMERLOH
 
31 Mei 2024 (Jumaat) – Semalam, Majlis Perbandaran Temerloh telah menerima lawatan dari Ir. Ts. Dr. Mohd Azhar Bin Abd. Hamid, Ketua Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara bersama dua orang pegawai ke daerah Temerloh.
 
Kunjungan ini telah disambut mesra oleh Tuan Haji Suris bin Mihat, Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Temerloh. Turut hadir, Pengarah Jabatan Landskap MPT, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Pembangunan Komuniti dan Ketua Bahagian Perhubungan Awam dan Pembangunan Belia.
 
Objektif utama lawatan ini adalah sebagai sesi pengenalan bersama pihak Pengurusan Sisa Pepejal Negara dan juga bagi membincangkan kerjasama di antara dua agensi dalam usaha memastikan pembangunan di daerah Temerloh dapat berkembang maju.
 
Sehubungan itu, Majlis Perbandaran Temerloh merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Ketua Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara di atas kesudian meluangkan masa bagi sesi kunjungan mesra ini dan berharap agar hubungan baik dan kerjasama diantara dua agensi ini akan dapat diteruskan dan menjadi salah satu kejayaan kepada pembangunan daerah Temerloh.
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA