MENU
SESI PERBINCANGAN PROJEK “PEMBINAAN TERMINAL BAS TEMERLOH SENTRAL,TEMERLOH, MAJLIS PERBANDARAN TEMERLOH”
 
30 Mei 2024 (Khamis) – Pada 27 Mei 2025, telah diadakan sesi perbincangan bagi cadangan projek BP.1 Skala Besar di bawah Rancangan Malaysia Ke Dua Belas (RMK-12) Tahun 2025 Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) iaitu projek Pembinaan Terminal Bas Temerloh Sentral bertempat di Jabatan Kerajaan Tempatan,Putrajaya bagi menerangkan lebih terperinci berkenaan cadangan projek tersebut.
 
Pada 10 Mei 2024 yang lalu, pihak Jabatan Kerajaan Tempatan yang diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan dan Pembangunan) bersama Pengarah dan Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan,JKT telah hadir ke tapak projek yang dicadangkan bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas berkenaan cadangan tapak projek Terminal Bas Temerloh Sentral ini.
 
Sesi pembentangan projek telah disampaikan oleh Tuan Haji Suris bin Mihat, Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Temerloh. Turut hadir Setiausaha MPT, Pengarah Jabatan Kejuruteraan, Pengarah Jabatan Kewangan, Pengarah Jabatan Penilaian, Penolong Jurutera, Ketua Bahagian Perhubungan Awam dan Pembangunan Belia dan wakil dari Jabatan Perancang Bandar,MPT.
 
Sama-samalah kita berdoa agar Projek Pembinaan Terminal Bas Temerloh Sentral ini akan menjadi kenyataan dan menjadikan perkhidmatan pengangkutan awam di Temerloh lebih cekap dan responsif dan merangsang pertumbuhan ekonomi setempat disamping dapat mengurangkan kesesakan terminal bas sedia ada ketika musim perayaan.
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA