MENU
PAMERAN CREATION, INNOVATION, TECHNOLOGY & RESEARCH EXPOSITION (CITREX)
 
10 Mei 2024 (Jumaat) – Pada 7 hingga 9 Mei 2024 telah diadakan Pameran Creation, Innovation, Technology & Research Exposition (CITREX) 2024 bertempat di Dewan Kompleks Sukan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Kampus Gambang. Penganjuran edisi ke-14 pada tahun ini menyaksikan seramai 93 pemenang emas, 126 pemenang perak dan 35 pemenang gangsa membabitkan 255 penyertaan daripada kategori staf, pelajar IPT dan pelajar sekolah.
 
CITREX merupakan acara tahunan anjuran Jabatan Penyelidikan dan Inovasi yang diadakan secara fizikal bagi melahirkan ramai penyeldik dan mengenal pasti projek-projek penyelidikan yang berpotensi untuk diketengahkan yang melibatkan projek penyelidikan warga kerja selain pelajar UMPSA.
 
Turut berlangsung sepanjang program diadakan adalah taklimat pembiayaan dana Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), pameran agensi seperti MOSTI, MBK, Majlis Perbandaran Temerloh (MPT), pameran kesihatan pergigian, pameran penyelidikan Pusat Kecemerlangan dan pusat tanggungjawab UMPSA, jualan keusahawanan dan trak makanan (food truck).
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA