MENU
OPERASI MEMBERSIH STRUKTUR LUARAN PREMIS DALAM KAWASAN MAJLIS PERBANDARAN TEMERLOH
 
21 Mac 2024 (Khamis) - Jabatan Kawalan Bangunan, Majlis Perbandaran Temerloh telah menjalankan Operasi Membersih Struktur Luaran Premis dalam kawasan Majlis Perbandaran Temerloh pada 14 hingga 15 Mac 2024.
 
Sebanyak 23 premis telah dibuat pembersihan pokok meliar yang tumbuh di atas bangunan manakala 10 premis lagi telah dibersihkan oleh pemilik bangunan sendiri.
 
Operasi ini turut dibantu oleh Jabatan Khidmat Perbandaran Dan Komuniti MPT, Jabatan Landskap MPT dan Jabatan Perundangan Dan Penguatkuasaan MPT.
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA