MENU
MAJLIS PENYERAHAN REPLIKA KUNCI RUMAH RURASA, LAWATAN KE KILANG MEMPROSES AIR MINERAL GAU DAN LAWATAN KE BAZAAR RAMADAN LURAH SEMANTAN, TEMERLOH
 
10 Mac 2024 (Rabu) – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah bersama Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah berkenan bercemar duli ke Majlis Penyerahan Replika Kunci Rumah RuRasa Kampung Sungai Buloh dan Kampung Bachap.
Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah seterusnya berkenan bercemar duli ke kilang memproses air mineral gau di Kampung Gau, Temerloh.
Pada kunjungan itu, baginda telah berkenan mendengar taklimat daripada Pengurus Syarikat Gau Baru Sdn Bhd, YBrs Encik Mohd Fariz Mokhtar sebelum melawat ke kilang berkenaan.
 
Mengiringi baginda ialah Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin, YAM Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad Ismail Mu'adzam Shah dan YAM Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah. Hadir sama ialah YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail, YB. Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato' Sri Haji Zulkifli Yaacob, Yang Dipertua Dewan Negeri Pahang, YB. Dato' Sri Mohd Sharkar Shamsuddin, barisan Exco Kerajaan Pahang, pemimpin setempat dan ketua-ketua jabatan.
 
Baginda bersama anakanda kemudiannya berkenan berangkat ke Bazaar Ramadan Temerloh sebelum bercemar duli ke Majlis Berbuka Puasa di Istana Sri Udara, Temerloh. Pada majlis berbuka puasa itu, baginda turut berkenan mengurniakan sumbangan kepada pelajar-pelajar Maahad Tahfiz Al-Amin, Kampung Berhala Gantang di Temerloh.
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA