MENU
MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN RAMADHAN KEPADA MASJID DAN SURAU
 
11 Mac 2024 (Isnin) – Pagi tadi telah diadakan Majlis Penyerahan Sumbangan Ramadhan kepada Masjid & Surau bertempat di Dewan Tun Razak, Majlis Perbandaran Temerloh. Sebanyak 22 buah masjid dan 26 buah surau di dalam pentadbiran Majlis Perbandaran Temerloh telah menerima sumbangan berupa wang tunai bagi membantu mengimarahkan lagi ibadah puasa di masjid dan surau sepanjang bulan Ramadan yang bermula esok.
 
Majlis penyerahan sumbangan Ramadhan ini telah disempurnakan oleh YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad, Exco Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang. Majlis ini turut dihadiri oleh Tuan Haji Suris bin Mihat, Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Temerloh, Setiausaha MPT, Ahli-Ahli Majlis MPT, Pengarah-Pengarah Jabatan/Bahagian MPT serta warga kerja Majlis Perbandaran Temerloh.
 
Sedekah pembuka rezeki..."sesiapa yang memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa dikurangkan sedikit pun pahala orang yang berpuasa tersebut". (Hadis Riwayat At-Tirmidzi)
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA