MENU
MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN PRIHATIN PAHANG KLUSTER PENJAJA HARIAN, PEMANDU TEKSI DAN FOOD RIDER
 
29 Februari 2024 (Khamis) – YH Dato’ Ridzuan Hazimin, Penyelaras Dewan Negeri Kuala Semantan telah menyempurnakan Majlis Penyampaian Bantuan Prihatin Pahang (BPP) Kluster Penjaja Harian, Pemandu Teksi dan Food Rider peringkat daerah Temerloh yang telah diadakan di Dewan Tun Razak, Majlis Perbandaran Temerloh pagi tadi. Majlis ini turut dihadiri oleh Tuan Haji Suris bin Mihat, Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Temerloh, Ahli-Ahli Majlis,MPT dan Pengarah-Pengarah Jabatan/Bahagian,MPT.
 
Penerima menerima wang tunai berjumlah RM200.00 iaitu inisiatif bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Pahang dibawah pentadbiran YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar. Terima kasih Kerajaan Negeri Pahang kerana sentiasa cakna dan prihatin kepada rakyat Pahang.
 
 
Pahang Prihatin, Rakyat Makmur.
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA