MENU
MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL PENGHARGAAN KEPADA PESERTA INOVASI PUBLIC SERVICE INNOVATION ASIA (PSIA) 2024
 
27 Februari 2024 (Selasa) – Pagi tadi Majlis Perbandaran Temerloh telah mengadakan Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan kepada 3 kumpulan inovasi yang telah memenangi Award di dalam pameran inovasi Public Service Innovation Asia (PSIA) 2024 sempena Malaysia Teknologi Expo (MTE) 2024 di World Trade Centre, Kuala Lumpur pada 22-24 Februari 2024. Majlis penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Tuan Haji Suris bin Mihat,Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Temerloh.
 
Majlis Perbandaran Temerloh telah memenangi :
 
i) Gold Award bagi Projek Amazing Pekan Sehari Temerloh (Social/Business)
ii) Gold Award bagi Projek Daily E-Report-MPT's Enforcement Report (Digital Innovation)
iii) Silver Award bagi Projek Wakaf For Rider (Social Innovation)
iv) Anugerah Khas Indonesian Invention And Innovation Promotion Assosiation (INNOPA) daripada negara Indonesia bagi projek Amazing Pekan Sehari Temerloh.
 
Sekalung ucapan tahniah atas kejayaan cemerlang mendapat 2 Gold Award, 1 Silver Award dan 1 Anugerah Khas dari INNOPA dalam pameran inovasi sempena Malaysia Teknologi Expo (MTE) 2024. Semoga kejayaan terus terukir menjulang nama Majlis Perbandaran Temerloh diperingkat yang tertinggi.
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA