MENU
TAKLIMAT ZAKAT DAN WAKAF OLEH PUSAT KUTIPAN ZAKAT DAN WAKAF NEGERI PAHANG KEPADA KAKITANGAN MAJLIS PERBANDARAN TEMERLOH
 
09 Februari 2024 (Jumaat) – Pagi tadi telah diadakan Taklimat Zakat Dan Wakaf untuk kakitangan MPT yang telah disampaikan oleh YH. Dato' Haji Halidan bin Md. Daud, Pengurus Besar Kanan Pusat Kutipan Zakat Dan Wakaf Pahang bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Majlis Perbandaran Temerloh.
 
Taklimat ini turut dihadiri oleh Tuan Haji Suris bin Mihat,Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Temerloh. Program ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan dan kesedaran tentang kepentingan membayar zakat dan juga berwakaf bagi semua umat islam khususnya kepada kakitangan Majlis Perbandaran Temerloh. Diakhir program, semua kakitangan MPT telah mendaftar untuk menjalankan ibadah wakaf melalui potongan gaji secara bulanan.
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA