MENU
GOTONG-ROYONG MENGECAT ‘CURB’ OLEH KAKITANGAN MAJLIS PERBANDARAN TEMERLOH
 
22 Disember 2023 (Jumaat) – Majlis Perbandaran Temerloh telah mengadakan Program Gotong-Royong bermula 21-22 Disember 2023. Gotong-royong ini adalah sebahagian program mencantikkan kawasan persekitaran lampu isyarat, Esplanade Temerloh dan kawasan sekitar Dewan Tun Razak,Temerloh. Gotong-Royong ini disertai hampir 200 orang kakitangan MPT termasuk Setiausaha dan Pengarah-pengarah Jabatan, MPT.
 
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua kakitangan MPT yang teribat di dalam menjayakan program ini. Sama-samalah kita menjadikan daerah Temerloh sentiasa Bersih, Indah dan Ceria.
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
JABATAN KORPORAT DAN PERHUBUNGAN AWAM.