MENU
PERASMIAN PENUTUP INTERNATIONAL HOMESTAY ISLAMIC TOURISM FESTIVAL 2023
 
19 Disember 2023 (Selasa) – Majlis Perasmian Penutup International Homestay Islamic Tourism Festival 2023 telah diadakan pada 18 Disember 2023 bertempat di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Kampung Ketam. Festival tiga hari bermula Sabtu ini dijalankan di Kuala Lumpur selama dua hari sebelum Temerloh mengambil giliran sempena majlis penutupan.
 
Seramai 500 peserta seluruh negara dan antarabangsa termasuk Indonesia, Brunei dan Singapura berkumpul sempena International Homestay Islamic Tourism Festival 2023 yang julung kali dianjurkan di negara ini. Pelbagai aktiviti dijalankan antaranya selawat, marhaban, ceramah perdana,memanah, pameran kraf,tulisan khat dan penyediaan masakan tradisional
.
Majlis perasmian penutup Program International Homestay Islamic Tourism Festival 2023 telah disempurnakan oleh Exco Kerajaan Pahang, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad. Turut hadir Tuan Haji Suris bin Mihat,Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Temerloh. Sebelum majlis perasmian penutup telah diadakan acara penanaman pokok di perkarangan masjid yang telah disumbangkan oleh Majlis Perbandaran Temerloh. Pokok yang ditanam adalah jenis Tabebuia Rosea (Tekoma/Sakura Malaysia)
 
.
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
JABATAN KORPORAT DAN PERHUBUNGAN AWAM.