MENU
KUNJUNGAN HORMAT UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG AL-SULTAN ABDULLAH (UMPSA) KE MAJLIS PERBANDARAN TEMERLOH
 
19 Disember 2023 (Selasa) – Majlis Perbandaran Temerloh telah menerima kunjungan hormat dari Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang diketuai oleh Prof. Ir. Ts. Dr. Ahmad Ziad bin Sulaiman, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akedemik & Antarabangsa) bersama 4 orang delegasi UMPSA.
 
Tujuan kunjung hormat ini adalah untuk membincangkan berkenaan pemeriksaan program Science, Technology, Engineering & Mathematics (STEM) oleh UMPSA yang dicadangkan untuk ditempatkan di Temerloh Smart City,Temerloh. Sesi taklimat di tapak telah disampaikan oleh Encik Syariffudin bin Mohd Yussof, Ketua Bahagian Kawalan Pembangunan,Jabatan Perancang Bandar MPT. Turut hadir Tuan Haji Suris bin Mihat,Yang Dipertua,Majlis Perbandaran Temerloh, Setiausaha MPT,Pengarah-pengarah MPT dan wakil dari Pejabat Hutan Temerloh.
 
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak UMPSA atas kunjung hormat ini. Semoga kunjungan ini dapat mencapai matlamatnya dan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
JABATAN KORPORAT DAN PERHUBUNGAN AWAM.