MENU
MAJLIS PELANCARAN “CASHLESS” PEKAN SEHARI TEMERLOH DAN PENYERAHAN SIJIL “MALAYSIA BOOK OF RECORDS”
 
18 Disember 2023 (Selasa) – Semalam tadi telah diadakan Majlis Pelancaran “Cashless Pekan Sehari Temerloh Dan Penyerahan Sijl “Malaysia Book Of Records” bertempat di Terminal Bas Lurah Semantan, Temerloh.
 
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang. Turut hadir YB Yang Dipertua Dewan Negeri Pahang, Dato’ Sri Mohd Sharkar Shamsudin, Exco Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad; Pegawai Daerah Temerloh, YH. Dato’ Khairur Rizal Ramli, Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Temerloh, Tuan Haji Suris Mihat serta Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, YM Dato’ Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin.
 
Pekan Sehari Temerloh di Lurah Semantan di sini, yang terkenal sejak beberapa dekad lalu diiktiraf Malaysia Book Of Records (MBOR) sebagai Pekan Sehari terpanjang dengan jumlah peniaga terbesar di Malaysia. Pekan Sehari sepanjang satu kilometer beroperasi di sepanjang Sungai Pahang setiap hari Ahad dikendalikan oleh Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) dan mempunyai kira-kira 607 peniaga yang menjual pelbagai jenis produk seperti sayur-sayuran, buah-buahan, makanan, kuih-muih, ikan, ayam, daging serta pelbagai lagi. keistimewaan Pekan Sehari Temerloh di Lurah Semantan yang berusia 150 tahun dan kini dikunjungi sehingga 5,000 ke 7,000 orang sehari turut dicadangkan sebagai salah sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO.
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA