MENU
MPT MEMENANGI ANUGERAH PENTADBIRAN CEMERLANG (APEC) KATEGORI PIHAK BERKUASA TEMPATAN DI MAJLIS ANUGERAH PAHANG 1ST 2023
 
15 Disember 2023 (Jumaat) – Majlis Perbandaran Temerloh telah berjaya membawa pulang Anugerah Emas bagi Anugerah Pentadbiran Cemerlang (APEC) kategori Pihak Berkuasa Tempatan dan Tempat Kedua Anugerah Transformasi Digital (ADx) di Majlis Penyampaian Anugerah Pahang 1st (APF) tahun 2023 yang diadakan di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah, Kuantan pada malam tadi.
 
Anugerah Pahang 1st 2023 diadakan bertujuan untuk memberi pengiktirafan dan insentif kepada Jabatan Negeri, Agensi, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Pahang bagi prestasi tadbir urus yang cemerlang serta secara tidak langsung sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan awam.
 
Kira - kira 55 jabatan telah menyertai pencalonan bagi pelbagai kategori anugerah yang dinilai daripada pelbagai aspek antaranya pelaksanaan strategi, maklumat, pelanggan, tenaga kerja dan proses yang efektif.
 
Penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail kepada Tuan Haji Suris bin Mihat,Yang Dipertua,Majlis Perbandaran Temerloh.
 
Tahniah diucapkan kepada wargakerja Majlis Perbandaran Temerloh. Semoga dengan penganugerahan ini, dapat meningkatkan lagi semangat wargakerja MPT untuk memberi khidmat yang terbaik kepada warga Temerloh.
 

 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
JABATAN KORPORAT DAN PERHUBUNGAN AWAM.