MENU
LAWATAN KERJA PERBADANAN PUTRAJAYA KE MAJLIS PERBANDARAN TEMERLOH
 
04 Disember 2023 (Isnin) – Pegawai dan kakitangan Perbadanan Putrajaya telah mengadakan Lawatan Kerja ke Majlis Perbandaran Temerloh pada 03 Disember 2023, jam 8.00 pagi. Lawatan kerja Perbadanan Putrajaya ini telah diketuai oleh Encik Jeffri Mustapa, Pengarah Bahagian Pelesenan, Perbadanan Putrajaya dan disertai oleh 14 orang pegawai dan kakitangan.
 
Tujuan lawatan kerja ini adalah untuk perkongsian ilmu pengurusan di Jabatan Kawalan Perniagaan & Pelesenan,MPT. Sesi taklimat mengenai Pekan Sehari Temerloh telah disampaikan oleh Encik Muhammad Danial Jamaludin, Pengarah Jabatan kawalan Perniagaan & Pelesenan,MPT dan seterusnya berkunjung ke Pekan Sehari Temerloh.
 
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak Perbadanan Putrajaya atas lawatan kerja ini. Semoga lawatan ini mencapai matlamatnya dan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.