MENU
LAWATAN SAMBIL BELAJAR MAJLIS DAERAH KERIAN KE MAJLIS PERBANDARAN TEMERLOH
 
27 November 2023 (Isnin) – Pegawai dan kakitangan Majlis Daerah Kerian telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Majlis Perbandaran Temerloh pada hari ini, jam 10.00 pagi. Lawatan Majlis Daerah Kerian ini telah diketuai oleh Puan Norhafisah binti Haji Mohamad, Setiausaha, Majlis Daerah Kerian dan disertai beberapa orang pegawai dan kakitangan.
 
Tujuan lawatan adalah untuk perkongsian ilmu amalan pengurusan tandas terbaik dari MPT disamping memperkenalkan dua produk inovasi Majlis Daerah kerian iaitu Pengurusan Anjing Terbiar (MyPAL) dan kompos sisa rumput (MyKSR) serta memperkenalkan peta pelancongan daerah Kerian sempena Tahun Melawat Perak 2024.
 
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak Majlis Daerah Kerian atas lawatan pada hari ini. Semoga lawatan ini mencapai matlamatnya dan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA