MENU
SESI LAWATAN PENILAIAN AKHIR ANUGERAH PAHANG 1st TAHUN 2023
 
24 November 2023 (Jumaat)- Telah berlangsung Sesi Lawatan Penilaian Akhir Anugerah Pahang 1st Tahun 2023 yang dikendalikan oleh Unit Korporat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang.
 
Sesi penilaian ini dijalankan kerana Majlis Perbandaran Temerloh telah terpilih ke peringkat penilaian akhir Anugerah Pentadbiran Cemerlang (APEC).
 
Anugerah tersebut diadakan untuk memberi pengiktirafan dan insentif kepada Jabatan Negeri, Agensi dan Badan Berkanun di Negeri Pahang bagi prestasi tadbir urus yang cemerlang serta secara tidak langsung sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan awam.
 
Sesi Penilaian diketuai oleh Dr. Noor Aishah binti Haji Hassan (MPC Pantai Timur), Cik Roslinda binti Abdul Hamid (MPC Pantai Timur), Pn. Norizan binti Abdullah (MPC Pantai Timur), En. Mohd Fadzlee bin Mat Yassin @ Adnan (ROS Negeri Pahang) dan En. Mohd Firdaus bin Muhammad Zakaria (Pahang Go). Sesi penilaian juga turut dihadiri oleh Ybhg. Ts. Dr. Zarak Shaifuddin bin Zamrah, selaku Lead Consultan Anugerah Pahang 1st. Panel juri diiringi oleh Cik Wan Munira binti Wan Isamyudin dan Pn. Dela Zaffan binti Zainal Azmin selaku urus setia daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang.
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA