MENU
PENGHANTARAN NOTIS PERTANDINGAN TANDAS BERSIH, MENAWAN, WANGI (BMW) DI DALAM DAERAH TEMERLOH
 
12 Oktober 2023 (Khamis) – Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Pembangunan Komuniti, Majlis Perbandaran Temerloh sedang menjalankan penghantaran notis pemberitahuan mengenai Pertandingan Tandas Bersih, Menawan, Wangi (BMW) di dalam daerah Temerloh bagi 3 kategori iaitu :
 
1. Tandas Restoran Bukan Francais
2. Tandas Rumah Ibadat (Masjid, Tokong, Kuil dan Gereja)
3. Tandas Stesen Minyak
 
Yang Berhormat Menteri, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah menyarankan agar tandas awam di premis perniagaan hendaklah sentiasa Bersih, Menawan dan Wangi (BMW). Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berperanan penting dalam memperkasakan budaya tandas BMW di premis perniagaan kawasan PBT. Bermula semalam jumlah penghantaran notis adalah seperti berikut :
 
1. Restoran - 57 notis
2. Stesen minyak - 7 notis
3. Rumah ibadat
i. Masjid - 7
ii. Tokong - 5
iii. Kuil - 1
iv. Gereja - 3
 
“Tandas Bersih, Menawan dan Wangi lambang Malaysia Madani”
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA