MENU
PENUBUHAN UNIT TASK FORCE INDUSTRI, MAJLIS PERBANDARAN TEMERLOH
 
11 Oktober 2023 (Rabu) – Unit Task Force Industri, Majlis Perbandaran Temerloh telah ditubuhkan pada bulan September 2023 dan diberikan tugas untuk memastikan semua pemilik bangunan atau pelesen mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh MPT seperti mematuhi syarat dan kelulusan bangunan, tidak mempunyai tunggakan Cukai Taksiran, patuh kepada syarat-syarat pelesenan dan lain-lain tindakan penguatkuasaan yang melibatkan kawasan Perindustrian Temerloh, kawasan Industri Songsang dan kawasan Industri Seberang Temerloh.
 
Seramai 14 orang kakitangan MPT telah terlibat di dalam Unit Task Force Industri ini yang terdiri dari Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta (Tunggakan Cukai), Jabatan Kawalan Bangunan (Tambahan Bangunan), Jabatan Perancang Bandar ( Penyedian Pelan & Rekod), Jabatan Kawalan Perniagaan & Pelesenan (Kawalan Perniagaan & Pelesenan) dan Jabatan Perundangan & Penguatkuasaan (Tindakan Penguatkuasaan).
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA