MENU
AKTIVITI FOGGING UNIT VEKTOR, JABATAN PERKHIDMATAN PERBANDARAN DAN PEMBANGUNAN KOMUNITI, MPT
 
11 Oktober 2023 (Rabu) – Semalam Unit Vektor, Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Pembangunan Komuniti, Majlis Perbandaran Temerloh telah menjalankan aktiviti fogging bertempat di Taman Mahkota Bukit Bendera, Mentakab.Seramai 6 orang petugas dari Unit Vektor telah terlibat di dalam aktiviti fogging ini.
 
Bersama-samalah kita menjaga kebersihan kawasan persekitaran agar bebas dari menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes demi memastikan diri, keluarga dan komuniti terhindar dari wabak denggi. Denggi merupakan sejenis penyakit jangkitan virus yang tersebar melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang dijangkiti.
 
Nyamuk Aedes dapat bertelur dalam bekas sebesar syiling 20 sen yang mengandungi air bersih dan hanya mengambil masa 7 hari untuk bertukar menjadi nyamuk dewasa.
 
Luangkan masa sekurang-kurangnya 10 minit seminggu cari dan musnah tempat pembiakan nyamuk Aedes
Bertindaklah sekarang kerana Aedes tidak mengenal mangsa
Dapatkan rawatan segera jika anda mengalami gejala denggi.
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA