MENU
OPERASI BERSEPADU PEMERIKSAAN TAHAP KEBERSIHAN DI EKSPO MAKANAN SIAM DI DATARAN TEMERLOH
 
10 Oktober 2023 (Selasa) - Pada 9 Oktober 2023 (Isnin), Jabatan Kawalan Perniagaan dan Pelesenan, Jabatan Perundangan dan Penguatkuasaan, Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Pembangunan Komuniti,Majlis Perbandaran Temerloh telah mengadakan operasi bersepadu bersama-sama dengan Pejabat Kesihatan Daerah Temerloh telah menjalankan operasi pemeriksaan tahap kebersihan dan pemantauan cara penyediaan makanan kepada peniaga-peniaga di Ekspo Makanan Siam yang diadakan di Dataran Temerloh.
 
Operasi tersebut melibatkan seramai 22 orang pegawai dan kakitangan dari Majlis Perbandaran Temerloh dan Pejabat Kesihatan Daerah Temerloh. Sebelum operasi dijalankan, taklimat telah diberikan oleh Pengarah Jabatan Kawalan Perniagaan dan Pelesenan di bilik Mesyuarat Utama, Majlis Perbandaran Temerloh.
 
Operasi bermula pada pukul 4.00 petang dan berakhir pada jam 5.30 petang. Pemeriksaan yang dijalankan melibatkan 60 buah gerai penjaja makanan dan setor penyimpanan makanan. Penganjur pesta makanan ini adalah syarikat ARQ Group Sdn. Bhd.
 
Operasi pemeriksaan tahap kebersihan ini adalah bagi memastikan tahap kebersihan peniaga-peniaga yang berniaga di karnival mengikut atau mematuhi segala syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti memastikan setiap peniaga memakai sarung tangan, apron, topi, memakai kasut dan memastikan setiap peniaga telah mendapatkan suntikan ‘Thyphoid’.
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA