MENU
KEJOHANAN MEMANAH TRADISIONAL PERINGKAT NEGERI PAHANG
 
08 Oktober 2023 (Ahad) – Pagi tadi telah berlangsung Kejohanan Memanah Tradisional Peringkat Negeri Pahang anjuran Kelab Sukan Dan Budaya Melayu (KEMPAS) Kampung Kempas, Temerloh bertempat di Lapang Sasar Memanah Tradisional Kempas, Kampung Bukit Kemuning.
 
Majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Tuan Haji Suris bin Mihat, Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Temerloh. Turut hadir bersama En. Rozlan bin Abd Manaf, Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Temerloh.
 
MPT mengucapkan tahniah kepada Kelab Sukan Dan Budaya Melayu (KEMPAS) Kampung Kempas, Temerloh kerana telah berjaya mengadakan kejohanan ini.
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA