MENU
MAJLIS PENYERAHAN KUNCI KIOSK
 
06 Oktober 2023 (Jumaat)- Pada 4 Oktober 2023, Majlis Perbandaran Temerloh telah mengadakan Majlis Penyerahan Kunci KIOSK kepada 8 orang peniaga yang telah disempurnakan oleh Tuan Haji Suris bin Mihat, Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Temerloh.
Tuan Haji Suris Bin Mihat ,Yang Dipertua Majlis Perbandaran Temerloh didalam ucapannya telah merakamkan ucapan tahniah kepada peniaga-peniaga kerana ini adalah KIOSK yang pertama di negeri Pahang di bawah peruntukan Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan menasihatkan kepada peniaga supaya menjaga KIOSK dengan baik serta tidak menyewakan kepada pihak ketiga.
 
Disamping itu juga, Tuan Yang Dipertua, MPT memaklumkan kepada peniaga dimana pihak MPT akan membekalkan tong sampah ‘Two Wheel Bin’ 120 Liter kepada setiap KIOSK serta akan mengindahkan kawasan tersebut dengan hiasan lampu pada waktu malam. Tuan Yang Dipertua juga menyarankan supaya semua peniaga dapat menyediakan pembayaran secara ‘Cashless’ bagi menggalakkan urusniaga tanpa tunai.
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA