MENU
MAJLIS MAKAN MALAM BERSAMA PESARA MAJLIS PERBANDARAN TEMERLOH TAHUN 2023
 
04 Oktober 2023 (Rabu) – Pada 2 Oktober 2023, Majlis Perbandaran Temerloh telah mengadakan Majlis Makan Malam Bersama Pesara Tahun 2023 bertempat di Warung Acu, Bukit Angin Temerloh.Seramai 9 orang pesara telah diraikan pada malam tersebut.
Majlis makan malam ini bertujuan untuk meraikan pesara-pesara bersama pasangan yang telah memberikan perkhidmatan yang baik dan komitmen yang tinggi dengan amanah yang dipertanggungjawabkan sepanjang berkhidmat bersama Majlis Perbandaran Temerloh.
 
Tuan Haji Suris bin Mihat, Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Temerloh didalam ucapannya menasihati pesara-pesara agar menggunakan wang pesaraan dengan berhemah dan seterusnya menyampaikan cenderahati kepada pesara-pesara.
Majlis Perbandaran Temerloh merakamkan jutaan terima kasih atas segala jasa dan bakti yang telah dicurahkan selama bertugas di Majlis Perbandaran Temerloh. Marilah kita sama-sama berdoa moga bertambah kebahagiaan mereka didalam menempuhi fasa baru dalam kehidupan sebagai pesara InsyaAllah. Sekecil mana pun jawatan anda pastinya ada sumbangan anda kepada bandar Temerloh yang tercinta ini. Terima kasih semua.
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA