MENU
PROGRAM GERAK RAHMAH 2023 " JOM GERAK MUHIBBAH PERINGKAT NEGERI PAHANG "
 
26 September 2023 (Selasa) – Pada 23 September 2023 telah diadakan Program Gerak Rahmah 2023 "Jom Gerak Muhibbah Peringkat Negeri Pahang" melibatkan Majlis Perbandaran Temerloh diadakan di perkarangan Pejabat Komuniti Kawasan Rukun Tetangga Taman Sri Layang Mentakab.
 
Program ini dilaksanakan serentak seluruh negara sebagai aspirasi mewujudkan persekitaran dan suasana muhibbah di setiap komuniti.
 
Program ini dihadiri oleh Tuan Hj. Muhamad bin Mohd Nor,Setiausaha Majlis Perbandaran Temerloh. Dalam ucapannya, beliau merakamkan syabas dan tahniah kepada Jabatan Perpaduan Negara Dan Integriti Nasional Negeri Pahang, barisan Jawatankuasa KRT Taman Sri Layang dan seluruh kepimpinan KRT Daerah Temerloh yang senada dan sepakat merangka program seperti ini yang menjurus kepada pengukuhan perpaduan diperingkat komuniti.
 
Objektif program ini menukilkan Pembangunan Komuniti Rahmah yang selaras dengan konsep Malaysia Madani melalui pelbagai aktiviti berimpak tinggi bagi meningkatkan kesejahteraan, kemampanan dan keharmonian komuniti khususnya komuniti KRT.
Selain itu aktiviti seperti kayuhan rahmah, cabutan bertuah, sumbangan barangan kepada penduduk setempat dan penanaman pokok bunga turut juga diadakan.
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA