MENU
BENGKEL CANTASAN UNTUK PROJEK PENYELENGGARAAN DAN PENGURUSAN RISIKO POKOK BAGI JABATAN LANDSKAP, MAJLIS PERBANDARAN TEMERLOH
 
11 Julai 2023 (Selasa) – Pagi tadi telah diadakan Bengkel Cantasan Untuk Projek Penyelenggaraan Dan Pengurusan Risiko Pokok bagi semua kakitangan Jabatan Landskap, Majlis Perbandaran Temerloh bertempat di Bilik Mesyuarat Utama,Majlis Perbandaran Temerloh. Taklimat bengkel telah disampaikan oleh pihak Raintree Arborist Sdn Bhd.
 
Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk berkongsi ilmu dan pengalaman oleh pihak Raintree Arborist Sdn Bhd di dalam bidang Arborikultur agar Jabatan Landskap, Majlis Perbandaran Temerloh dapat mempraktikkan amalan-amalan baik yang sejajar dengan piawaian antarabangsa.
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA